Kamis, 08 Juli 2010

Cara Tidur Rasul

Cara tidur Rasulullah

Umat Islam dianjurkan supaya selalu berdo'a Dan berzikir dalam apa jua

keadaan demi mendapatkan rahmat Dan keberkatan hidup daripada Allah

Subhanahu Wata'ala. Ia juga dihasratkan untuk mengelakkan daripada

terjadinya gangguan-gangguan makhluk-makhluk seperti jin Dan syaitan, sama

Ada ketika senang ataupun susah, ketika berdiri, duduk, berjalan, bekerja

Dan begitu juga waktu bangun Dan tidur.

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam menganjurkan agar Kita selalu

berzikir, sehingga dalam perkara tidur juga Kita diberikan garispanduan

dengan menganjurkan do'a Dan zikir-zikir tertentu. Rasulullah Sallallahu

Alaihi Wasallam sebagai model terunggul bagi umat Islam telah menggariskan

adab kesopanan, peraturan Dan panduan ketika tidur untuk diamalkan

sebagaimana Baginda sendiri mengamalkannya.

Dalam sebuah hadis diterangkan:

Maksudnya: "Al-Barra' bin Azib Radhiallahu 'Anhu berkata: "Adalah

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam jika akan tidur, miring ke sebelah

kanan kemudian Baginda membaca:

Maksudnya : " Ya Allah aku serahkan diriku kepadaMu Dan menghadapkan

mukaku kepadaMu Dan menyerahkan semua urusanku kepadaMu, Dan menyandarkan

punggungku kepadaMu kerana mengharap Dan takut kepadaMu, tiada perlindungan

Dan tiada tempat selamat daripada seksaMu kecuali kembali kepadaMu. Aku

percaya kepada kitab yang Engkau turunkan Dan Nabi yang telah Engkau utus".

(Hadis riwayat Bukhari)

Menurut sebuah hadis lagi riwayat Bukhari Dan Muslim:

Maksudnya: "Jika kamu akan tidur maka berwudhu'lah bagaikan kamu akan

sembahyang, kemudian berbaring atas pinggang kanan Dan bacalah do'a ini

(seperti do'a yang tersebut di atas) Dan jadikanlah bacaan do'a itu yang

terakhir daripada bacaanmu (perkataanmu) ".

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga pernah tidur terlentang dengan

cara meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagaimana maksud hadis :

"Daripada 'Abbad bin Tamim, daripada bapa saudaranya, bahawasanya

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam tidur terlentang di masjid sambil

meletakkan satu kaki di atas yang lain."

(Diriwayatkan oleh Bukhari Dan Muslim)

Tidur adalah dianggap sebagai ibadat seorang hamba kepada Penciptanya,

iaitu sekiranya seseorang itu tidur dengan melakukan saranan-saranan Dan

mengikut sunnah Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Dalam sebuah hadis daripada Huzaifah katanya: "Nabi Sallallahu 'Alaihi

Wassalam apabila Baginda berbaring di tempat tidurnya, Baginda berdo'a (Ya

Allah, dengan namaMu aku mati Dan aku hidup) Dan apabila bangun Banginda

membaca:

(Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan aku kembali setelah

mematikan aku Dan kepadaNyalah tempat kembali)."

Dalam riwayatnya yang lain menerangkan: "Daripada 'Aisyah Radhiallahu

Anha katanya: "Nabi Sallalahu 'Alaihi Wasallam apabila berbaring di tempat

tidurnya pada setiap malam Baginda mengangkat kedua tangannya (seperti berdo

a), lalu meniup Dan membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-Nas,

kemudian Baginda menyapukan tangannya itu ke seluruh badan yang dapat

disapunya mulai dari kepalanya Dan mukanya Dan bahagian depan daripada

badannya, Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.

(Diriwayatkan oleh at-Tirmizi)

Selain itu sebelum tidur Baginda menunaikan sembahyang Witir sebagaimana

hadis yang menyebutkan: "Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga telah

mengingatkan umatnya bahawa syaitan sering mengganggu manusia ketika tidur.

Oleh itu umat Islam adalah dianjurkan supaya mengamalkan sembahyang witir

setiap kali sebelum tidur.

(Hadis riwayat Bukhari)

Ketika Baginda terbangun daripada tidur di tengah malam pula, Baginda akan

membasuh muka Dan kedua belah tangan sebelum Baginda tidur semula.

Dalam sebuah hadis yang lain pula Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam

bersabda bermaksud:

"Sesungguhnya Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Syaitan akan

mengikat hujung kepala seseorang yang sedang tidur dengan tiga ikatan,

menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang di antara kamu

bangkit seraya menyebut nama Allah, maka akan terlepaslah ikatan yang

pertama. Apabila dia berwudhu' maka akan terbukalah ikatan yang kedua.

Apabila dia sembahyang maka akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan

merasakan suatu kesegaran Dan ketenangan hati, jika tidak dia akan merasa

malas Dan kekusutan hati"

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari)

Demikian antara cara tidur Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam untuk menjadi amalan Kita.
 
By Pondok Pesantren At Taqwa Karangmalang Ketanggungan Brebes Jawa Tengah